Resolution 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima Kasih dan tahniah kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan KelateBiZ selama ini, sedar tak sedar kami telah berada dalam pasaran ini kurang lebih sudah 6 tahun. Pelbagai cabaran dan halangan yang kami lalui dan Alhamdulillah telah berjaya di atasi dengan baik. Dari pelbagai cabaran yang kami hadapi telah banyak mengajarkan kami untuk menjadi penyedia servis yang terbaik khas untuk anda semua. Kurang 4 jam dari sekarang kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2019. Memasuki gerbang kehidupan di tahun baru ini tentunya ada harapan dan keinginan kita di tahun baru ini yang belum tercapai di tahun sebelumnya, Mengambil petikan dari pesanan Baginda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kami di KelateBiZ mendoakan anda semua supaya tahun baru ini akan menjadi tahun yang terbaik untuk anda semua dan juga semua cita-cita, dan harapan juga keinginan yang tersimpan akan tercapai pada tahun 2019. Amin Ya Rabbal Alamin… kami juga ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU, kepada semua pelanggan kami dan rakan-rakan kami di luar sana. dan diharapkan anda semua bersedia untuk memasuki tahun 2019 ini. KelateBiZ semua sudah sedia maklum yang mana kami merupakan sebuah syarikat yang menyediakan servis berasaskan perkhidmatan dalam talian. Bagi tahun 2019 ini, kami telah menyediakan pelbagai rancangan yang terbaik untuk anda semua, kami akan cuba untuk memperbanyakkan lagi promosi dan meningkatkan lagi kualiti servis kami. Kami juga ada merancang untuk menambahkan lagi dan kembangkan lagi skop pasaran kami, jadi anda semua perlu bersedia untuk menerima pelbagai kemaskini yang akan datang. Diharapkan anda semua untuk terus menyokong kami dan setia bersama kami.

Kami menjemput anda semua yang ingin menghantar sebarang ucapan atau cadangan kepada kami melalui alamat ini; http://m.me/kelate.biz

www.kelate.biz
www.malayhost.com
www.server.my

31/12/2018 – 9.40PM

Terima Kasih,
Muhd Iqbal
Head of Operation
KelateBIZ & MalayHostCOM – Best Hosting Service Provider

Back to top